Saturday, February 8, 2014

Hangat-hangat Tahi AYAM.

 Kenapa tiba-tiba saya buat tajuk entri macam ni ? Sebab saya rasa peribahasa ni sangat sinonim dengan diri kita...


Maksud peribahasa tu : 
Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh pada mulanya sahaja tetapi dia akan meninggalkannya apabila terasa susah.


Kita selalu pada mulanya, bersemangat nak buat sesuatu. Selalu berazam untuk buat yang terbaik, tapi bila dah lama-lama. Hilang macam tu je. Tak kira la buat apa sekali pun kan. Antara situasi-situasi yang kita selalu bersemangat nak berubah dan tanamkan macam-macam azam yang kita nak buat. hurmmmmm...macam-macam jer...

Berazam tu baik, tapi perlulah disertakan dengan semangat berkobar-kobar untuk melaksanakannya dan juga berusaha supaya terlaksana apa yang diazamkan tu.  Biar sikit, yang penting istiqamah. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya kan, itu lebih baik berbanding mereka yang langsung tiada usaha untuk berubah.


Kena motivasi pada diri sendiri, supaya tahi ayam yg dh tak hangat lagi, ku hangatkan balik..hahahahaha...gila ka pa?????
 
Facebook :  Shasha Vitamins
Email : shakleevits@gmail.com 
Call/Whatsapp : 011-26805346 
Salam sayang dari Sha Miri

No comments:

Post a Comment