Friday, July 26, 2013

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE???

Salam... 
Klu x silap,baru 2 hari je saya tak update blog ye. Bukan bizi sangat pun. Tapi saya diserang penyakit M iaitu Malas. Hihihi. Tapi hari ni ada satu semangat nak update blog. Sebelum saya penuhkan blog saya ni dengan cerita² ttg shaklee ..biar saya share kenapa saya pilih Shaklee sbg supplement harian saya. Jom baca =) 

 Shaklee telah menjadi peneraju produk kesihatan dan makanan makanan tambahan sejak 1956. Lama kan! 

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

SENTIASA BERKESAN
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
DAN ADA LAGIIIIII   :D

Saya memang agak takut nk mula berniaga...ish..ishh...dh biasa jadi pembeli saja kan... Macam biasa,fikiran sy ni asyik fikir "tak yakin boleh jual sesuatu". Boleh ke? Laku ke? Skeptikal juga dengan bisnes-bisnes MLM ni, tp boleh pulak terjebak dengan Shaklee. Kenapa ye???

Sebab-sebab nya :

 1- Saya yakin dengan keberkesanan vitamin semulajadi Shaklee sejak dari pek pertama saya makan. Badan rasa sihat, segar, tidak letih walaupon bekerja dan berulang alik jauh dari tempat kerja waktu itu.Saya suka vitamin Shaklee. Ia adalah yang terbaik dari segi kualiti, harga, natural vitamin tanpa kesan sampingan. Paling penting tiada silika gel menunjukkan bahawa ia adalah semulajadi.

 2. Berniaga secara santai dengan medium Internet (blog, FB, emel) sebagai perantaraan. Saya tak perlu potpetpotpet secara live sebab saya sendiri pon bukannya suka bercakap sangat.

 3. Banyak bersharing. Sharing kebaikan yang telah saya rasa dari pengambilan vitamin. Bermula dengan set berpantang, kini saya dh start share lebih banyak produk yang lain.


 4. Masa yang flexible. Sambil-sambil buat kerja di pejabat & di rumah, saya boleh jawab PM, reply sms, update sharing di FB dan blog dan sebagainya. Tentunya dibantu oleh teknologi Internet dan smart phone.


 5. Saya suka konsep trial pack yang disediakan oleh kumpulan kami. Ini adalah utk memenuhi permintaan rakan-rakan yang mempunyai kekangan wang. Ye lah kan, memang ada orang yg teringin sangat nak beli vitamin, tp nak beli set lengkap fullpack memerlukan kos yang agak besar. Kos besar tapi berbaloi sebab tahan lama. Jadi dgn adanya konsep macam ni, memang dh banyak bantu kawan-kawan yang punya pendapatan kecil.


 6. Saya berada di dalam kumpulan yang sangat positif auranya. Terasa juga diri sentiasa dekat dgn Yang Maha Memberi kerana kami sentiasa diingatkan supaya berdoa, berusaha, bertawakal dan berserah kepadaNya agar perniagaan kami sentiasa berjaya dan maju.



Haaa panjang lebarnya saya huraikan KENAPA saya suka SHAKLEE.

Ada yang berminat nak sertai kumpulan saya? Hubungi saya untuk maklumat lanjut ye.

                                  ~sekian~







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.COD Shaklee Miri.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
EmailGmail : shakleevits@gmail.com
Call/Whatsapp : 011-26805346
Salam sayang dari Sha Miri

No comments:

Post a Comment