Subhanallah,
Walhamdulillah..Menitis air mata sy tatkala merenung hikmah di
sebalik kurniaan Allah terhadap ibu yang mengandung. Dan itulah yang
sy mahu kongsikan dengan pembaca dalam entry kali ini..
Apabila
seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.
Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang
hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut
menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud
bersama.
Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulullah
menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang
hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang
hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar
apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .
Apabila
seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
Wanita
yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap
kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala
haji.
Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika
seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun),
malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa
syurga wajib baginya.
Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
No comments:
Post a Comment